nuffnang adds

Tuesday, July 16, 2013

kualiti bukan kuantiti

assalamualaikum w.b.t

salam ramdahan semua saudara islam ku. semoga kita sentiasa dibawah rahmat Allah s.w.t. baiklah, ada perkongsian tazkirah sikit malam ni. memandangkan takut lupe ape yang dipelajari, so nak kongsi dekat sini. kalau lupe nanti boleh bace balik. hee.


sahabat sekalian, amalan yang kita buat adalah berdasarkan kualiti bukan pada kuantiti. kadang2 berpuluh2 amalan kita lakukan tapi tidak diterima oleh allah. jadi, untuk menjadikan amalan kita ini berkualiti, ada beberapa tips untuk kita semua.

1- berilmu sebelum melakukan sesuatu amalan
apabila kita hendak melakukan sesuatu amalan, sememangnya kite kena ada ilmu. mana mungkin sesuatu itu menjadi betul sekiranya kita tidak berilmu. ilmu ini luas. ilmu menjaga anak, ilmu mendirikan rumah tangga, ilmu memerintah negara dan sebagainya. begitulah juga hendak beramal, kita hendak lah mempunyai ilmu dahulu supaya amalan kita diterima. contohnya, ketika solat, kita mestilah tahu rukunnya, bacaannya dan larangan dalam solat. jika kita tidak mempunyai ilmu dan tidak tahu semua itu pasti amalan kita hanyalah sia2.

2- sentiasa istiqamah dalam melakukan amal ibadah kepada allah.
amalan yang sedikit tetapi berterusan itu adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi hanya sekali. jika kita mampu untuk pergi ke surau dan masjid pada bulan ramadhan, apa kata kita istiqamahkan amalan kita dengan pergi ke masjid pada bulan2 yang lain. mulakan setiap amalan dengan perkara yang mudah dahulu. contohnya hari ini kita solat sunat dua rakaat. kekalkan dua rakaat dahulu agar kita tidak bosan dan letih. teruskan amalan kita dan sampai satu tahap kita sudah terbiasa bolehla kita menambah kepada 4 rakaat. mudah.. inshaallah.

3- mengutamakan amalan yang kene buat dahulu.
ini adalah perkara yang sangat tidak diambil kisah dalam masyarakat kita. baiklah, contoh die macam ni. kita nak derma pada orang kemboja, palestin tapi kita tak pernah nak hulurkan derma pada kaum kerabat kita, saudara mara kita atau jiran kita yang susah. mana yang lebih diutamakan? pastilah kaum kerabat kita. sepatutnya kita hendak lah menolong kaun kerabat kita dahulu agar mereka tidak hidup dalam kesusahan. jika semuanya berkemampuan barulah kita digalakkan memberi derma kepada sausara islam kita yang lain. banyak lagi contoh. boleh la fikir sendiri ea. hee

4- buat semua perintah allah. 
bukan lakukan ape yang kita suka, yang tidak suke kita tinggalkan. kita suka puase, tapi xske solat. jadi kita puasa tapi x solat. wajarkan? sedikitlah pahala puasa kita nanti. kita suke solat tapi xske pakai tudung. jadi kita solat tetapi tidak menutup aurat. wajarkah? jika perkara ini terjadi, semaklah solat kita. sekiranya solat kita sempurna maka amalan lain akan sempurna. perintah Allah itu adalah untuk diikuti bukan untuk dipilih mana nak buat mana tak nak buat. macam perkara yang disuruh tinggalkan. jangan makan babi, tapi kita makan rasuah. bukankah kedua2 ini disuruh allah untuk kita tinggalkan. jadi, kesimpulannya, jadi hamba allah, jangan lah asyik nak memilih sahaja.

sedikit perkongsian yang ringkas. ada jugak lupe sikit2 tpi alhamdulillah masih ingat sebahagian besar. ni lah akibat pergi majlis ilmu tapi xnak bawak pen dan kertas. haha.

semoga ia menjadi panduan kepada sahabat sekalian dan diri sendiri. semoga amalan kita akan lebih berkualiti. in sha allah :) yang baik itu dari allah. yang buruk itu dari diri sendiri.

No comments:

Post a Comment