nuffnang adds

Wednesday, June 19, 2013

bila benci ini akan berakhir?

assalamualaikum w.b.t

bermulanya hari yang baru, masalah baru mesti akan timbul. mungkin sebab terdedah dengan dunia luar kot. sebab tu banyak masalah.

tapi masalah ni bukan pada diri sendiri tapi pada orang yang saya sayangi. actually nak buat title benci pada orang ke-tiga tapi macam tak kene. well, semua orang fikir orang ketiga ini perampas kebahagiaan orang. kan?? tapi... ok, memang sepatutnya wat title tu.

the story begin..
 sejujurnya memang tak pernah terniat pun untuk nak membenci sesiapa pun dalam dunia ini. ok, kecilkan scope. pada dia. setiap kali bila orang lain cakap pasal dia saya buat tak tau je. yelah. sebab tak kena pada batang hidung sendiri. terkadang adalah perbuatan dia yang menyakitkan hati tapi minda ni sentiasa diajar untuk menganggap secara positif.

but..

lately Allah dah buka mata hati saya untuk melihat dia yang sebenar. perasaan benci mula ada. astagfirullah. bukan benci mungkin menyampah. kerana dia, dua orang yang saya sayang bergaduh. bahagia ke dia melihat mereka bergaduh. tak puas nak gaduh dengan sebelah pihak je dia tarik lagi sebelah pihak biar dia ada 'geng' nak gaduh. semua ni berpunca bila kes mengadu + tokok tambah cerita+ mengumpat mula menjadi2.

wahai manusia di atas bumi ini, 
cukuplah menjadi pengadu domba. jikalau dengki dengan bahagia orang lain, carilah bahagia mu sendiri. tadahlah tangan dan mohon pada Yang Maha Kuasa. 

p/s:
mengadu domba merupakan perbuatan yang mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. kes manusia pengadu domba ini telah banyak terjadi dan mungkin kita tidak mengerti apa sebenarnya itu. sedarilah, tatkala anda menceritakan perihal orang lain, fikirkanlah. jangan sampai timbul persaan benci dalam diri kamu dan orang yang kamu ceritakan.  

Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.


peringatan kepada diri sendiri dan saudara sesama islam kita '_______________'


No comments:

Post a Comment