nuffnang adds

Sunday, June 16, 2013

Benci si pembayar gaji??

Assalamualaikum w.b.t

Si pembayar gaji a.k.a majikan merupakan orang yang telah banyak berjasa. kan?? apa tidaknya, dia telah menerima kita bekerja dan memberi upah atas khidmat yang telah kita berikan. dengan upah itulah kita memenuhkan periuk nasi kita untuk diisi ke dalam perut.

tapi kan, lidah kita ini tidak bertulang. kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita cakap menyakitkan hati sesetengah pihak. si pembayar gaji ini telah membuat si pekerja ini tersentap dengan kata-katanya. oleh itu, si pekerja ini nak buat tunjuk perasaan. jadi dia pun tidak bercakap dengan si pembayar gaji tersebut. disebabkan dia si pembayar gaji a.k.a majikan, dia berhak menegur pekerja dibawahnya, si pekerja tu mula rasa benci. da buat salah, orang tegur lah kan. jadi, dia telah menghasut pekerja lain untuk bercuti. dan pada hari itu kedai ditutup kerana tidak ada pekerja. si pembayar gaji tidak rugi kerana dia dah kaya. si pekerja pula tak dapat gaji memandangkan gajinya mengikut hari.


sikap seperti ini tidak boleh diamalkan kerana ia merugikan diri serta menambah dosa kita

tiada guna membenci orang yang telah menolong kita. setiap orang ada salah masing-masing, jadi kita tak perlu lah benci sehingga menjadi dendam.

jagalah pergaulan kita dengan orang lain. elakkan dari membenci kerana dari situlah wujudnya permusuhan. kita kan saudara. kan??

renung2kan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment