nuffnang adds

Saturday, June 15, 2013

bukan benci tapi tak serasi, maybe!

Assalamualaikum w.b.t

Pernah tak merasai dimarahi oleh orang tua kita?

Pernah tak nak keluar lepas tu dorang tak bagi?

erm..

kita selalu dengar yang dorang buat macam tu untuk kebaikan kita. marah kita, pukul kita, kongkong kita semua sebab sayang. 

iya ke?? 

 


Kalau sayang kenapa perlu marah? 
bukankah kasih sayang itu indah dan penuh dengan kelembutan. 

Kalau sayang kenapa perlu pukul? 
bukankah kasih sayang itu dibina atas dasar cinta yang tulus dan suci. 

Kalau sayang kenapa perlu kongkong? 
bukankah kasih sayang itu penuh dengan kebebasan dan kedamaian

kadang-kala timbul perasaan benci pada mereka. mereka tidak faham apa yang ada dalam hati dan fikiran ni. dunia sekarang dah lain. bukan macam zaman mereka dahulu. 


SYAITAN YANG TERKUTUK, NYAH KAU DARI SINI!

tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak mereka. ayat selalu dengarkan? dan tiada anak yang yang tidak sayangkan ibu dan bapa mereka. walaupun kalian mempunyai teman yang boleh berikan apa sahaja, tapi dia tak boleh nak kalahkan pengorbanan yang telah ibu dan bapa anda berikan. ingatalah sewaktu kecil dahulu, siapa yang dengan sabar melayan kerenah kamu? siapa yang mengambil berat tentang kamu? 

mungkin saat dan ketika ini kita tidak rasainya lagi, kerana kini kita dah besar. mereka juga sudah kurang upaya untuk manjaga kita. inilah masa untuk membalas jaga walaupun kita tau tidak akan terbalas. 


mengapa kamu marah pada ibu dan bapa kamu?
bukankah mereka yang telah banyak berkorban demi kamu.

mengapa kamu 'pukul' ibu bapa kamu dengan sikap kamu?
bukankah mereka telah menggunakan tulang empat kerat mereka demi membesarkan kamu

mengapa kamu ingin bebas?
bukankah diluar sana bahaya dan penuh dengan godaan

mungkin pernah keluar perkataan benci tapi itu tidak pernah terucap dihati. apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan diri sendiri. mungkin mereka tidak sempurna. tapi ingat, mereka ibu bapa kita. bukan anak-anak kita yang boleh kita suruh mengikut cakap kita. semakin lama hati mereka semakin senag tersentuh. jagalah mereka kerana tanpa mereka, tidak mungkin kita akan lahir didunia. bersyukurlah dengan apa yang anda perolehi.

Tv3 telah menyiarkan sebuah filem hindustan bertajuk main aisa hi hoon. cerita ini sangat menyentuh hati dan meleleh. seriuslah. kalau ada masa free, tengok lah keyh. 

sebelum tu, layan lah lagu ini :)





No comments:

Post a Comment