nuffnang adds

Friday, June 14, 2013

Bukan nak dibenci tapi this is me!

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang diberitahu, saya merupakan bekas pelajar KMTPh. Dekat kolej saya memegang jawatan sebagai Setiausaha JPP. so maksudnye saya ni ex-jpp KMTPh lah. tak bangga pun jadi bnda ni . why? Al-maklumlah, kalau ade jawatan je mesti ade orang benci and tak suka. saya pun rasa saya tergolong dalam golongan itu.


HAL INI KERANA,


Pertamanya
saya seorang yang susah sangat nak senyum dekat orang lain. sampai ramai labelkan saya ni GARANG. Tapi saya just tak senyum dekat lelaki je keyh. dengan perempuan no problem. sikap susah nak senyum memang tak bagus sebagai seorang pemimpin! jadi, sekiranya anda menjadi seorang pemimpin, ringan kan mulut anda agar sentiasa senyum tapi jangan lah sampai nak menggoda. Then, barulah nanti anda akan disenangi semua orang.

Keduanya
cubalah untuk melahirkan idea2 yang bernas untuk kepentingan anak2 buah anda. well, saya hanyalah seorang setiausaha dan memang susah nak organised event ape2 sbb keje saya just type and type and type. ade je timbulkan idea untuk biro2 lain tapi.... tak yah tau lah... kenapa kne ade idea?? sebagai seorang pemimpin, kita kenelah ambil berat tentang anak buah kita. kalau ade masalah kita bantu. kalau ade masa lapang kita organise la event untuk memberikan faedah kepada mereka. tapi ingat, da ade idea tu jangan lupa nak laksanakan. jangan macam burung kaka tua. pandai cakap je tapi buatnya tak. dalam erti kata yang lain, sentiasa fikir tentang anak buah anda. barulah anak buah anda akan suka dan percaya pada anda.

Ketiga, 
semua orang ada ciri2 pemimpin. just kadang2 kita tak asah dia je. jadi, jika anda seorang pemimpin, pimpinlah anak buah anda dgn gaya pemimpin yang sebenar bukannye bos yang suka marah2. kalau anak buah anda tak dengar cakap, tanganinya dengan ketegasan bukan tengking2. ok. so far, saya tak de lah lagi. boleh kene boikot tau satu kolej. just im not too sure riak wajah 'ketegasan' saya mcm mane bile nak handle mereka2 ni yang tak nak dengar kata. haha.

Keempat, 
seorang pemimpin tidak boleh lari dari DISIPLIN. jika anda rase anda tidak berdisiplin jangan aspect orang dibawah anda akan berdisiplin. ini berdasarkan pengalaman, sekiranya anada berdisiplin dan berkerja dengan orang yang berdisiplin, anda akan memimpin anak buah anda yang berdisiplin dan segala urusan menjadi mudah. but.. jika anda berdisiplin dan berkerja dengan orang yang tidak berdisiplin, anda akan mempimpin anak buah anda yang kurang disiplin. dan seterusnya.. tahu kan? so, semua pemimpin kene ade disiplin. jika anda rase anda tidak berdisplin, sila serahkan surat perletakan jawatan. please! anda akan menyusahkan diri anda dan teamwork anda. jadi, untuk menjadi pemimpin yang baik, berdisiplin lah dalam urusan anda.

Kelima, 
sediakan benda yang anda suka kepada anak buah anda. maksudnya, kalau anda nak lakukan sesuatu, fikir dahulu adakah anak buah anda suka atau tidak. macam mana nak tau dorang suka atau tak, tanya pendapat semua teamwork anda. kalau semua suka dan anda suka maksudnya anak buah anda akan suka juga. senangkan. yang penting, sentiasa fikir adakah anak buah anda suka.

Terakhir, 
kerjasama dengan teamwork anda. mereka pemimpin seperti anda. jadi belajar antara satu sama lain dan jangan menyusahkan satu sama lain. berikan komitmen sepenuhnya. jangan selalu fikir tentang diri anda sahaja. contohnya, satu meeting diadakan dan anda terasa penat dan enggan pergi ke meeting tersebut. opss!! tak fikir ke orang yang organise meeting dan hadiri meeting tu??, dorang tak penat ke?? hari2 yang mereka lalui juga sama macam kita. so, jangan selfish.

so, kepada pemimpin di luar sana, GOOD LUCK! 




No comments:

Post a Comment